Pengesahan Pelajar


eg : 812345678902




Soalan Lazim
Admin Site
Soalan Lazim


Maklumat Am.

Q : UNISEL ada sediakan asrama untuk pelajar baru?

A : UNISEL menyediakan kemudahan penginapan dengan kerjasama pengendali (provider) luar kampus. Terdapat pelbagai jenis penginapan yang disediakan untuk kemudahan pelajar Unisel. Perkhidmatan ini diuruskan oleh Unit Penginapan Luar Kampus (UPLK) atau Non-Resident (NR).

Q : Apa Penginapan Luar Kampus @ Non-Resident (NR) ini?

A : Penginapan Luar Kampus @ NR adalah penginapan yang diuruskan oleh penyedia penginapan (Provider) yang berdaftar secara rasmi dengan UNISEL. Dalam erti kata lain, penginapan luar kampus ini adalah penginapan sekitar kampus Unisel yang disediakan oleh Unit Penginapan Luar Kampus, Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL.

Q : Berapa orang dalam satu bilik dan dalam 1 rumah?

A : Ianya PELBAGAI. Ada yang satu bilik berdua hingga berenam. Satu rumah ada 6-10 orang dalam 1 rumah mengikut pada keluasan rumah. Segala maklumat berkaitan ada boleh diperolehi dengan layari sistem tempahan penginapan kami non-resident.unisel.edu.my. Namun, UNISEL telah pastikan setiap pelajar dan keadaan rumah adalah dalam keadaan kondusif bagi seorang penuntut IPT.

Q : Bagaimana pula jika ada kes kecemasan/ akses keprluan khas/ OKU?

A : Pelajar yang mendia,i rumah sewa di bawah UPLK boleh terus ke klinik-klinik panel pelajar Unisel di sekitar Shah Alam atau Hospital Shah Alam. Untuk kes kecemasan, pelajar boleh menghubungi Unit Kebajikan HEP.


Maklumat Jarak.

Q : Berapakah jarak radius rumah-rumah sewa dari Kampus Shah Alam?

A : Semua rumah sewa yang disediakan adalah dalam lingkungan 10 KM radius dari Kampus Shah Alam. Semua info berkaitan jarak boleh diperolehi dengan layari system NR di non-resident.unisel.edu.my.

Q : Bagaimana dengan pengangkutan ke kampus?

A : Sebahagian besar rumah sewa dalam lingkungan Bas Selangor / MBSA. Bas SMART Selangor beroperasi jam 6 pagi hingga 9 mlm. Ada juga penginapan NR yang hanya perlu berjalan kaki ke Kampus Shah Alam.

Q : Bolehkah pelajar membawa kenderaan sendiri?

A : Pelajar boleh membawa kenderaan sendiri. Bagi memasuki premis kampus, pelajar perlu memastikan kenderaan masing-masing mempunyai pelekat kenderaan UNISEL yang sah.


Maklumat Tempahan.

Q : Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan UPLK?

A : Semua maklumat lengkap boleh diperolehi dengan, melayari link NR di non-resident.unisel.edu.my.

Q : Apakah prosedur bagi membuat tempahan NR?

A : Untuk memilih penginapan NR, setiap pelajar perlu membuat tempahan dengan layari sistem NR di non-resident.unisel.edu.my. Pelajar perlu membaca semua Maklumat Am yang ada pada paparan awal sistem tersebut.

  • Masukan nombor IC pada ruangan Pengesahan Pelajar.
  • Sistem akan memaparkan semua senarai penginapan NR berdaftar dengan UNISEL berserta maklumat lengkap, gambaran ringkas tentang penginapan, nombor koordinat google map dan beberapa keping gambar penginapan tersebut.
  • elajar hanya perlu klik butang Tempah Sekarang pada penginapan yang telah dipilih pelajar. Kemudian akan keluar paparan Slip Tempahan. Slip ini perlu dicetak.
  • Pelajar boleh buat bayaran penginapan oline dan mendapatkan Slip Bayaran Bank sebagai bukti pembayaran.
  • Slip Tempahan & Slip Bayaran Bank perlu dibawa pada Hari Pendaftaran atau pada hari permulaan semester pengajian.

Q : Adakah UNISEL boleh melakukan tempahkan bagi pihak pelajar?

A : Pihak HEP boleh membantu tempahan pelajar baru, namun adalah lebih baik pelajar melayari sistem terlebih dahulu bagi membolehkan pelajar bersama keluarga pelajar membuat penelitian sebelum membuat tempahan. Segala maklumat berkaitan penginapan NR ada dalam sistem tersebut. Pelajar dan keluarga pelajar juga boleh meneliti, mendapatkan gambaran sebenar dan mungkin gambaran keselamatan persekitaran melalui aplikasi Google Maps. Koordinat setiap penginapan NR turut disertakan bagi memudahkan pelajar dan ibu bapa.


Maklumat Bayaran.

Q : Berapakah bayaran bagi unit NR ini?

A : Untuk pelajar baru kemasukan semester panjang, anggaran bayaran adalah antara : Contohnya: RM1000 hingga RM1500 seorang. Ianya adalah untuk 5 bulan penginapan. Julat bayaran bulanan adalah antara RM200 - RM300 sebulan sahaja.
Untuk pelajar baru intake semester pendek/intersesi, anggaran bayaran adalah antara : Contohnya: RM600 hingga RM900 seorang. Bagi sem berkenaan adalah untuk 3 bulan penginapan. Sewa bulanan adalah antara RM200 - RM300 sebulan sahaja.
Semua info berkaitan bayaran ada di sistem NR layari non-resident.unisel.edu.my

Q : Bayaran dibuat kepada UNISEL?

A : BUKAN. Bayaran dibuat terus kepada Provider. Maklumat no akaun, bank apa serta no telifon Provider boleh diperolehi dengan layari system NR di non-resident.unisel.edu.my.

Q : Adakah bayaran dibuat kepada UNISEL?

A : TIDAK. Bayaran dibuat terus kepada pengendali. Maklumat no akaun, maklumat bank apa serta no telefon pengendali boleh diperolehi dengan layari sistem NR di non-resident.unisel.edu.my.

Q : Bolehkah bayaran dibuat secara ansuran?

A : BOLEH. Pihak pelajar boleh berbincang terus dengan pengendali. Ianya tertakluk kepada budi bicara pengendali.

Q : Adakan bayaran dibayar bersama Yuran Pendaftaran UNISEL?

A : TIDAK. Bayaran penginapan NR adalah terus kepada pengendali.


Maklumat Permohonan Keluar.

Q : Bolehkah jika pelajar keluar dari NR sebelum tamat semester?

A : TIDAK BOLEH. Pelajar yang telah menduduki penginapan NR yang telah dipilih PERLU duduk di penginapan tersebut sekurang-kurangnya 1 semester.

Q : Adakah pelajar perlu duduk di penginapan NR dipilih dalam satu-satu tempoh?

A : Kebanyakan pengendali perlu komitmen pelajar menduduki kediaman mereka dalam satu tempoh yang ditetapkan. Pelajar boleh berbincang dengan pengendali.

Q : Adakah ada kontrak sewa?

A : Pelajar boleh berbincang dengan pengendali.


Maklumat Aduan.

Q : Dengan siapa boleh kami membuat aduan jika ada sebarang aduan?

A : Jika aduan berkaitan kerosakan atau ketidakpuasan terhadap kemudahan penginapan boleh adukan terus kepada pengendali. Jika aduan berkaitan pengendali atau Perkhidmatan kebajikan boleh hubungi Unit Kebajikan HEP atau Unit Penginapan Luar Kampus HEP.

Q : Adakah terdapat khidmat sokongan kepada pelajar yang menginapi di NR?

A : YA. HEP menyediakan khidmat sokongan kepada pelajar. Antara khidmat sokongan adalah seperti butiran berikut :

(i) Unit Kaunseling
- Kaunseling kepada pelajar
- Dalam talian/ bersemuka/ berkelompok
(ii) Unit Skim Kesihatan Pelajar UNISEL
- Insurans pelajar
(iii) Unit Kewangan & Pentadbiran
- Bantuan Kewangan kepada pelajar
- PTPTN
(iv) Unit Disiplin
- Disiplin pelajar
(v) Unit Alumni UNISEL
(vi) Unit Budiman UNISEL
(vii) Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)

Unit Penginapan Luar Kampus
Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP)
Universiti Selangor
03-55223477