Pengesahan Pelajar


eg : 812345678902




Soalan Lazim
Admin Site

SELAMAT DATANG

MAKLUMAT AM

UNIT PENGINAPAN LUAR KAMPUS (UPLK)
KAMPUS SHAH ALAM, UNIVERSITI SELANGOR

  1. Penginapan yang disenaraikan diklasifikasi sebagai Penginapan Luar Kampus dan bukan Asrama Unisel.

  2. Unit Penginapan Luar Kampus ditubuhkan bagi membantu siswa/i baru dan siswa/i sedia ada mendapatkan penginapan luar yang berhampiran dengan semua kampus Unisel.

  3. Setiap tempat penginapan disediakan dengan kemudahan asas dan dalam keadaan yang kondusif untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi dan keperluan orang kurang upaya (OKU) juga disediakan seperti tempat letak kenderaan, lif dan banyak lagi.

  4. Kadar sewaan yang dipaparkan adalah untuk tempoh satu (1) semester panjang (untuk 5 bulan).

  5. Kadar sewa kediaman adalah termasuk bil utiliti namun siswa/i (penyewa) perlu membayar bil elektrik dan air sekiranya jumlah bil tersebut melebihi kuota seorang seperti yang ditetapkan oleh Pemilik Premis.

  6. Setelah membuat tempahan melalui sistem ini, pembayaran sewaan perlu TERUS kepada akaun Pemilik Premis dan UNISEL tidak akan terlibat/bertanggungjawab dengan bayaran tersebut.

  7. Slip tempahan Penginapan Luar Kampus WAJIB dibawa pada Hari Pendaftaran Penginapan Luar dan ianya hanya SAH sekiranya disertakan dengan lampiran bukti pembayaran.

  8. Sebarang kerosakan fizikal dan kehilangan ke atas premis tersebut dan kemudahan yang disediakan adalah dibawah tanggungan siswa/i (penyewa) dan tuntutan tidak boleh dibuat kepada UNISEL.

  9. Semua siswa/i yang adalah dianggap berdaftar dengan Unit Penginapan Luar Kampus UNISEL dan tertakluk dalam peraturan seperti yang digariskan dalam Buku Peraturan Tatatertib Pelajar UNISEL.

  10. Penempatan adalah tertakluk kepada kekosongan, keutamaan diberi kepada yang memohon awal dan siswa/i baru adalah amat digalakkan untuk menginap di penginapan luar yang disediakan oleh UNISEL sekurang-kurangnya satu(1) semester.

  11. Setelah memahami maklumat am ini dan bersetuju dengannya, sila masukan No IC dan tekan butang SAHKAN.

  12. CARTA ALIR :

Unit Penginapan Luar Kampus
Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP)
Universiti Selangor
03-55223477