Penginapan yang disenaraikan diklasifikasi sebagai Penginapan Luar Kampus dan bukan Asrama Unisel.
Unit Penginapan Luar Kampus ditubuhkan bagi membantu siswa/i baru dan siswa/i sedia ada mendapatkan penginapan luar yang berhampiran dengan semua kampus Unisel.
Setiap penginapan tersedia dengan kemudahan asas serta dalam keadaan yang kondusif bagi seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi.
Kadar sewaan yang dipaparkan adalah untuk tempoh satu (1) semester panjang (untuk 5 bulan).
Kadar sewa kediaman adalah termasuk bil utiliti namun siswa/i (penyewa) perlu membayar bil
elektrik dan air sekiranya jumlah bil tersebut melebihi kuota seorang seperti yang ditetapkan
oleh Pemilik Premis.
Setelah membuat tempahan melalui sistem ini, pembayaran sewaan perlu TERUS kepada
akaun Pemilik Premis dan UNISEL tidak akan terlibat/bertanggungjawab dengan bayaran tersebut.
Slip tempahan Penginapan Luar Kampus WAJIB dibawa pada Hari Pendaftaran Penginapan
Luar dan ianya hanya SAH sekiranya disertakan dengan lampiran bukti pembayaran.
Sebarang kerosakan fizikal dan kehilangan ke atas premis tersebut dan kemudahan yang
disediakan adalah dibawah tanggungan siswa/i (penyewa) dan tuntutan tidak boleh dibuat
kepada UNISEL.
Semua siswa/i yang adalah dianggap berdaftar dengan Unit Penginapan Luar Kampus UNISEL
dan tertakluk dalam peraturan seperti yang digariskan dalam Buku Peraturan Tatatertib Pelajar UNISEL.
Penempatan adalah tertakluk kepada kekosongan, keutamaan diberi kepada yang memohon
awal dan siswa/i baru adalah amat digalakkan untuk menginap di penginapan luar yang
disediakan oleh UNISEL sekurang-kurangnya satu(1) semester.
Setelah memahami maklumat am ini dan bersetuju dengannya, sila masukan No IC dan tekan
butang SAHKAN.
Unit Penginapan Luar Kampus
Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP)
Universiti Selangor